jump to navigation

Aku nak aktif. August 28, 2008

Posted by paan in Uncategorized.
add a comment

Sudah agak lama aku tidak membuat sebarang update untuk blog ini.Ini mungkin kerana aku terlalu bz dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan aku juga masih dalam tempoh nak memantapkan blog yang sedia ada sekarang.Insyaallah,selepas ini,aku akan memberikan yang terbaik untuk blog ini.harap aku akan mendapat sokongan dari semua blogger.Didiklah newbie ni.

wasalam

My feveret song. July 23, 2008

Posted by paan in Uncategorized.
Tags: , , ,
add a comment

Warisan

Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi

Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang

Nenek moyong kaya raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesamalah kita

Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam

Kan lenyap peristiwa semalam

Tertutuplah hati terkunci mati

Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa

Yang akan menentukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri

kita sudah tiada masa

Majulah dengan maha perkasa

Janganlah terlalai teruskan usaha

MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA

Korang pernah dengar tak lagu diatas?Bagi pelajar-pelajar MRSM,korang mesti penah dengar,sebab ini lagu yang korang wajib hafal.Aku rasa lagu ni,macam lagu MARA,sebab semua institusi MARA mesti tau lagu nie.hehehehe.Bagi aku,lagu ini membawa maksud yang sangt mendalam.Korang cuba la hayati sendiri ye!

Apa khabar melayu?? June 21, 2008

Posted by paan in Uncategorized.
Tags: , ,
1 comment so far

Assalamualaikum aku ucapkan kepada semua orang Melayu di seluruh dunia dan yang berada di Malaysia khususnya.

Dalam blog ini,aku akan cuba membincangkan  dan mengenengahkan isu-isu tentang bangsa Melayu.Aku juga akan selitkan artikel yang berkaitan dengan bangsa majoriti di tanah melayu ini.

  • Apakah nasib bangsa Melayu?
  • Kemanakah hala tuju bangsa Melayu?
  • Adakah bangsa Melayu masih lagi berkuasa di bumi Malaysia ini?
  • Kemanakah hilangnya kehebatan bangsa  Melayu yang terkenal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu?
  • Apakah peranan kita dalam usaha memartabatkan kembali bangsa Melayu ini?

Sama-samalah kita fikir dan renungkan nasib bangsa Melayu.