Aku nak aktif. August 28, 2008
Posted by paan in Uncategorized.add a comment
Sudah agak lama aku tidak membuat sebarang update untuk blog ini.Ini mungkin kerana aku terlalu bz dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan aku juga masih dalam tempoh nak memantapkan blog yang sedia ada sekarang.Insyaallah,selepas ini,aku akan memberikan yang terbaik untuk blog ini.harap aku akan mendapat sokongan dari semua blogger.Didiklah newbie ni.
wasalam
My feveret song. July 23, 2008
Posted by paan in Uncategorized.Tags: lagu mara, melayu, semangat, warisan
add a comment
Warisan
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang
Nenek moyong kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA
Korang pernah dengar tak lagu diatas?Bagi pelajar-pelajar MRSM,korang mesti penah dengar,sebab ini lagu yang korang wajib hafal.Aku rasa lagu ni,macam lagu MARA,sebab semua institusi MARA mesti tau lagu nie.hehehehe.Bagi aku,lagu ini membawa maksud yang sangt mendalam.Korang cuba la hayati sendiri ye!
Melayu perlu kuat – Jangan sampai terima nasib terpaksa musafir di bumi sendiri – Raja Nazrin June 22, 2008
Posted by paan in Berita.1 comment so far
KUALA KANGSAR 21 Jun – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah bangsa Melayu perlu kuat daripada segala aspek supaya terus gagah, berhati cekal, bersemangat waja dan berupaya mendaki gunung tinggi serta bertenaga menyeberangi lautan luas.
Titah baginda, adalah malang jika bangsa Melayu menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri dan terpaksa bermusafir di bumi sendiri.
“Anak bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung,’’ titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 2008 di sini hari ini.
Raja Nazrin bertitah, kejayaan anak bangsa pada masa sekarang adalah atas pengorbanan, keringat, kesusahan dan usaha generasi terdahulu.
Titah baginda, bangsa yang dapat meneruskan kelangsungan dan mengekalkan tamadun agungnya adalah bangsa yang tidak memutuskan diri dengan akar sejarah, malah senantiasa menghargai pengorbanan generasi terdahulu.
Baginda bertitah, MCKK menjadi kampung cerdik pandai Melayu yang terpilih daripada kalangan yang paling cerdas berasaskan prestasi pencapaian akademik.
‘‘Di sinilah asuhan, di sinilah bimbingan dilakukan dalam usaha membina modal insan untuk meneruskan kelangsungan bangsa di bumi warisan turun temurun.
“Permata-permata bangsa ini diserahkan untuk digarap, dicanai oleh barisan para pendidik. Garap dan canailah permata-permata bangsa ini supaya dapat menyinar cahaya kepada bangsanya dan negara.
‘‘Bisikkan kepada mereka akan petua orang- orang tua bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia.
‘‘Pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman dahulu lagi, terlalu banyak musang yang berbulu ayam, terlalu banyak sokong yang membawa rebah.
‘‘Ingatkanlah mereka akan sejarah bangsanya yang bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan, negeri beraja,’’ titahnya.
Raja Nazrin bertitah, untuk itu, negara perlu melihat kedudukan MCKK daripada kaca mata penilaian yang berbeza dan tidak wajar disamakan dengan mana-mana institusi pendidikan lain.
Titah baginda, berasaskan akar sejarah penubuhannya, identiti MCKK daripada segi bentuk, tenaga pengajar, kurikulum dan kokurikulum harus mempunyai keunikan.
‘‘MCKK perlu senantiasa disuntik dengan nafas baru agar kekal dihormati sebagai institusi pendidikan menengah yang terunggul di negara ini.
‘‘Beta insaf betapa pentingnya kualiti, betapa mustahaknya taraf pendidikan di kolej ini ditingkatkan bertaraf dunia agar tradisi melahirkan barisan pemimpin yang berwibawa dapat diteruskan.
‘‘Dan keupayaan menghasilkan wira bangsa yang hebat berpencak di gelanggang dunia dapat dilaksanakan,’’ titah baginda.
Petikan diatas adalah keratan berita Utusan Malaysia yang bertarikh 22 Jun 2008.
Apa yang aku nak cakap hanya satu,
Bangunlah bangsa Melayu,jangan merempat di bumi sendiri.
Apa khabar melayu?? June 21, 2008
Posted by paan in Uncategorized.Tags: daulat, malaysia, melayu
1 comment so far
Assalamualaikum aku ucapkan kepada semua orang Melayu di seluruh dunia dan yang berada di Malaysia khususnya.
Dalam blog ini,aku akan cuba membincangkan dan mengenengahkan isu-isu tentang bangsa Melayu.Aku juga akan selitkan artikel yang berkaitan dengan bangsa majoriti di tanah melayu ini.
- Apakah nasib bangsa Melayu?
- Kemanakah hala tuju bangsa Melayu?
- Adakah bangsa Melayu masih lagi berkuasa di bumi Malaysia ini?
- Kemanakah hilangnya kehebatan bangsa Melayu yang terkenal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu?
- Apakah peranan kita dalam usaha memartabatkan kembali bangsa Melayu ini?
Sama-samalah kita fikir dan renungkan nasib bangsa Melayu.